suria

Stafoc Di Rumah Mayat HKL Bukan Sebab Han-sol

Dua anggota Stafoc bertugas di rumah mayat HKL.

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) diarahkan bertugas semalaman di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan kes Kim Jong-nam yang berprofil tinggi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman bagaimanapun berkata, ia bukan disebabkan anak lelaki Jong-nam, Kim Han-sol yang dijangka tiba bagi membuat pengecaman terhadap mayat bapanya di rumah mayat.

"Tiada kaitan. Kita mengambil perhatian kerana ia membabitkan kes berprofil tinggi.

"Sebab itu kita mengarahkan Stafoc untuk mengawal keselamatan, itu saja," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin mengenai tahap keselamatan dipertingkatkan di rumah mayat disebabkan ketibaan Han-sol.

Timbul khabar angin mengenai ketibaan Han-sol tiba di Malaysia pada Isnin malam.

Bagaimanapun, kelibat anak lelaki Jong-nam gagal dihidu pemberita di lapangan terbang.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada dia sudah berada dia sudah berada di negara ini mahupun dalam perjalanan ke sini.



Stafoc, Kim Han-sol

Artikel Sebelum

Rasuah: Bekas KSU, Anak Didakwa

Artikel Lain