suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan Pyongyang Tidak Masuk Akal - Korea Selatan

Kim Jong-nam.

SEOUL: Korea Selatan menafikan dakwaan Korea Utara bahawa Malaysia bekerjasama dengan Seoul dalam siasatan berhubung kematian Kim Jong-nam, abang tiri Kim Jong-un, pemimpin Pyongyang.

Duta Korea Utara, Kang Chol pada Isnin menuduh Malaysia 'berpakat dan bekerjasama dengan kuasa luar' dalam siasatan tersebut, merujuk kepada Korea Selatan.

Namun Seoul menolak keras dakwaan Kang Chol yang disifatkan sebagai tidak masuk akal dan salah.

"Kenyataan tersebut (Kang Chol) terhadap Korea Selatan adalah tidak masuk akal dan tidak perlu dibalas," kata seorang pegawai sebuah kementerian seperti dilaporkan agensi berita Yonhap.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara semakin tegang susulan kematian Jong-nam pada Isnin minggu lalu.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan pada Isnin, turut menyifatkan dakwaan Khang Chol sebagai tidak berasas.

"Kerajaan Malaysia memandang serius sebarang tindakan tidak berasas yang mencemarkan reputasi negara ini," jelas kenyataan itu.

Jong-nam meninggal dunia selepas diracun oleh dua suspek wanita di balai pelepasan Lapangang Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Kedua-dua wanita tersebut iaitu Siti Aisyah dari Indonesia dan Doan Thi Huong dari Vietnam ditahan bagi membantu siasatan.

Dua lagi suspek iaitu turut ditahan iaitu teman lelaki Siti Aisyah dan seorang lelaki Korea Utara dikenali sebagai Ri Jong-chol.

Polis Malaysia memburu empat lagi rakyat Korea yang melarikan diri pada hari yang sama Jong-nam dibunuh.

Artikel Lain