suria

Polis Akan Jumpa Bekas Perogol Bersiri

Selva Kumar Subbiah.

KUALA LUMPUR: Polis berharap untuk berjumpa dengan Selva Kumar Subbiah sebaik sahaja bekas perogol bersiri itu pulang ke tanah air, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Noor Rashid berkata, polis akan berjumpa dengan lelaki berusia 56 tahun itu bagi merakamkan keterangannya termasuk di mana dia akan tinggal, rancangan masa depannya termasuk butiran peribadi lain.

Beliau bagaimanapun berkata, Selva Kumar telah menjalankan hukuman penjara dan berhak pulang ke Malaysia bagi menjalani kehidupan normal kerana dia merupakan warga negara ini.

"Kita faham kebimbangan masyarakat terhadap pembebasan dan kepulangannya kerana dia mempunyai rekod buruk," katanya kepada pemberita selepas menutup Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Polis Siri 1/2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Sabtu.

Tambah Noor Rashid, polis turut berharap untuk mendapat kerjasama Selva Kumar.

Selva disabitkan bersalah kerana melakukan serangan seksual terhadap berpuluh-puluh wanita di Toronto dijangka pulang pada Sabtu selepas menjalani hukuman penjara selama 24 tahun.

Selva Kumar Subbiah

Artikel Lain