suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Flotilla Myanmar: Penganjur Lega Kapal Dibenar Masuk

Abdul Azeez (kiri) dan Kapten kapal Nautical Aliya, Mohd Firdaus Faisal Mohamed.

SELAT MELAKA: Penganjur bagi kapal bantuan kemanusian yang akan berlayar ke Myanmar dan Bangladesh lega apabila dimaklumkan bahawa ia diberikan kebenaran untuk memasuki perairan negara itu.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi itu berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memaklumkan mengenai berita tersebut pada tengah malam Jumaat.

Kerajaan Bangladesh sebelum ini dilaporkan tidak membenarkan kapal 'Humanitarian Mission Food Flotilla for Myanmar' berlabuh di Pelabuhan Teknaf, Bangladesh.

"Saya agak terganggu (sebelum itu). Bila kita sudah berada di atas kapal, kita diberitahu tidak dibenarkan ke Teknaf.

"Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beritahu supaya jangan bimbang, kerajaan Bangladesh akan membenarkan kita masuk," katanya kepada pemberita.

Setakat pukul 12 tengah hari Sabtu, kapal 'Nautical Aliya' berada pada kira-kira 40 kilometer di luar pantai Sekinchan.

Ia membawa kira-kira 2,200 tan bekal bantuan termasuk makanan untuk komuniti Rohinya di Myanmar yang didakwa berdepan dengan pencabulan hak asasi manusia sejak beberapa tahun.

Kapal berkenaan turut membawa seramai 195 sukarelawan dan 15 anak kapal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain