PKR Tak Tanding PRK Tanjung Datu - Semasa | mStar

PKR Tak Tanding PRK Tanjung Datu

Baru Bian

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Datu bulan depan bagi menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Baru Bian berkata, keputusan itu juga sebagai memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan semua janji yang dibuat Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata, PKR melihat sebahagian visi yang digariskan bekas ketua menteri itu seiring dengan wawasan PKR serta aspirasi rakyat Sarawak, justeru wajar dilunas oleh pengganti Allahyarham, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

"Beliau (Abang Johari) melakukan tugasnya dengan baik semasa sidang media pertamanya dengan mengatakan beliau akan meneruskan wawasan yang digariskan Allahyarham.

"Itu satu permulaan yang baik, namun yang kami bimbangkan ialah sama ada beliau akan laksana atau adakah beliau mampu melaksanakannya. Kami percaya rakyat akan adili," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini Rabu.

Tanjung Datu diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Adenan selepas mengalami komplikasi jantung pada 11 Januari lalu.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada Mei tahun lepas, Adenan, 72, meraih 6,360 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan yang hanya memperoleh 468 undi.

Mengulas lanjut, Baru berkata, keputusan ini muktamad memandangkan PKR peringkat pusat telah menyerahkan kepada PKR Sarawak untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.


PRKL Tanjung Datu , PKR Sarawak , Baru Bian

Artikel Berikut

PPBM Temui PAS Februari Ini

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain