suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Tahan Bekas Pengurus Kanan Disyaki Terima Rasuah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat perdagangan antarabangsa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM500,000, pada 2015.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 4 petang ini bagi membantu siasatan.

Menurut sumber SPRM, suspek itu dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah menerusi beberapa transaksi daripada kontraktor yang dilantik oleh syarikatnya.

"Suspek dipercayai telah melakukan kesalahan tersebut antara Februari hingga Jun 2015 di beberapa lokasi di Johor Bahru.

"Difahamkan suspek akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin," menurut sumber itu kepada Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tangkapan tersebut

Artikel Berikut

Dua Sahabat Maut Kemalangan

Artikel Lain