suria

Sekolah Jenis Cina Di Johor Bakal Terima Peruntukan RM9.1 Juta

Dr Wee Ka Siong

YONG PENG: Sekolah-sekolah vernakular Cina di Johor bakal menerima RM9.1 juta peruntukan kewangan daripada kerajaan persekutuan dan negeri pada akhir Februari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sebanyak 122 buah sekolah jenis kebangsaan Cina di negeri ini akan menerima  RM7 juta daripada Kerajaan Persekutuan manakala 88 buah lagi bakal menerima wang dari kerajaan negeri sebanyak RM2 juta.

Wee, yang juga Timbalan Presiden MCA berkata dana-dana ini mengambil masa untuk diagihkan sama ada melalui cek atau pemindahan bank.

"Setiap sekolah boleh dijangka akan menerima dana dalam tempoh sebulan lagi dan ia dianggap sebagai ang pao bagi mereka menyambut perayaan Tahun Baru Cina," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada 26 pesakit dialisis di pusat hemodialisis Mawar hari Ahad.

Sekolah Vernakular Cina, Johor

Artikel Sebelum

Artikel Lain