suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Rakyat Malaysia Sertai Daesh Terbunuh Di Syria

Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Mujahiddin Malaysia, Zainuri Kamarudin, 50, yang menyertai kumpulan militan Daesh di Syria, adalah antara tiga rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di negara bergolak itu, Jumaat lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

"Berdasarkan maklumat risikan kami mengesahkan perkara berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Selain Zainuri atau bergelar Abu Talha, dua lain yang maut adalah Sazrizal Mohd Sofian Thayalan, 27 dan Ahmad Asyraf Arbee Ahmad Jamal Arbee, 31.

Kesemua mereka berlepas ke Syria pada April 2014, katanya.

Difahamkan, tiga rakyat Malaysia itu terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria di Raqqah. -Bernama

Daesh, Rakyat Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain