suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Diplomatik Dipanggil Selepas Buat Kenyataan FB Mengenai Adenan

PETALING JAYA: Seorang pegawai diplomatik yang berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Manila telah dipanggil pulang dan digantung tugas selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menghina berhubung kematian Tan Sri Adenan Satem.  

Pegawai itu didakwa mempersendakan pemergian Allahyarham Adenan menerusi komen yang ditulis di halaman Facebook milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.

Difahamkan, pegawai berkenaan diberikan notis supaya pulang ke Malaysia serta-merta untuk berdepan dengan tindakan disiplin.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican pada Jumaat berkata, beliau dimaklumkan berhubung perkara itu.

"Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenainya," tambah Reezal yang kini di luar negara.

Setakat ini, polis menahan dua individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyinggung berkaitan Adenan.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan di Kuantan, manakala seorang lagi ditahan di RPR Landeh di Kuching.

"Sehingga kini, sebanyak 37 laporan bolis dibuat di 12 balai polis di Sarawak membabitkan empat pengguna Facebook yang mengeluarkan kenyataan fitnah dan mengapi-apikan terhadap Allahyarham Adenan," katanya.

Artikel Lain