suria

Polis Buru Dua Lelaki Lakukan Vandalisme, Kutip Angpau

Mohd Yusoff Mamat.

KLANG: Polis memburu dua lelaki yang merosakkan sebuah kereta dengan menggunakan mercun selepas mereka didakwa gagal mengutip 'angpau' dari sebuah pusat servis kereta di Jalan Batu Belah di sini.

Letupan mercun itu merosakkan pintu dan tayar kereta Perodua Kancil yang diletakkan di belakang kedai dalam kejadian pukul 4 pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, menurut pemilik kedai berusia 44 tahun, dua lelaki mengunjungi kedainya pada 4 Januari lalu pada kira-kira pukul 2.30 petang dan memintaangpau.

"Mereka yang mempunyai tatu di bahagian tangan mereka menyerahkan kad ucapan Tahun Baharu Cina tanpa tulisan kepada mangsa, dan meminta angpau berikutan musim perayaan.

"Mangsa yang tidak mengenali kedua-dua lelaki itu memberitahu suaminya tidak ada di kedai.

"Kedua-dua mereka datang kembali ke kedai dua hari kemudian dan meminta angpau sekali lagi.

"Tetapi mereka beredar selepas diberitahu bahawa majikan masih tidak datang ke kedai," katanya di sini, Jumaat.

Isnin lalu, beberapa jiran dikejutkan dengan bunyi letupan dan mereka bergegas keluar untuk memadamkan kebakaran.

Difahamkan kereta tersebut dimiliki pelanggan kepada salah seorang mangsa dan ia diletakkan di belakang kedai sejak tiga bulan lalu.

Mohd Yusoff berkata, polis telah mengenal pasti dua suspek dan serang memburu mereka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 dan 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan perbuatan khianat. 

Artikel Sebelum

Artikel Lain