Abang Jo Minta Tunggu Selepas Berakhir Tempoh Berkabung - Semasa | mStar

Abang Jo Minta Tunggu Selepas Berakhir Tempoh Berkabung

Abang Johari melambai kepada pihak media selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam. Foto Bernama

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, yang amat menghormati Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, memilih untuk mengulas mengenai rancangan dan dasarnya selepas berakhirnya tempoh berkabung bagi bekas ketua menteri itu.

Ketika ditemui media selepas mengangkat sumpah sebagai ketua menteri keenam di Astana, kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak di sini, Jumaat, beliau keberatan mengulas mengenai perkara itu.

"Kita masih berkabung untuk Allahyarham Tan Sri Adenan. Saya akan keluarkan kenyataan dan bertemu media selepas berakhirnya tempoh (tujuh hari) berkabung.

"Namun, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan rakan-rakan dari Barisan Nasional atas keyakinan mereka terhadap saya untuk memimpin negeri ini," katanya.

Abang Johari juga enggan menyatakan bila beliau akan mengumumkan senarai kabinetnya.

"Buat masa ini, dan sekali lagi kerana menghormati Allahyarham Adenan, status quo itu kekal," katanya.

Allahyarham Adenan, yang menyandang jawatan ketua menteri hampir tiga tahun, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan, dekat sini pada Rabu.

Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari sehingga Selasa depan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Minamino jadi buruan Liverpool

Guardiola bakal tinggalkan City?