suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Kereta Berlanggar Lori Muatan Tong Ikan

Gambar hiasan.

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas kereta pacuan empat roda dipandunya berlanggar dengan lori muatan tong ikan di Batu 23 Jalan Apas dekat sini, petang Jumaat.

Dalam kejadian 3.50 petang itu, mangsa, Taufik Chelly, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan sehingga masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan kemalangan.

"Semasa di lorong kanan, pemandu lori yang dalam perjalanan dari bandar Tawau menuju ke Semporna ketika hujan telah terbabas ke pembahagi jalan dan sebahagian lori telah masuk ke laluan bertentangan. 

"Namun belum sempat pemandu itu mengawal lorinya, sebuah kenderaan jenis Toyota Rav4 yang dipandu mangsa datang dari arah bertentangan terlanggar bahagian kanan belakang lori, lalu kedua-dua kenderaan terbabas dan terbalik," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Menurutnya, pemandu lori hanya mengalami luka-luka kecil dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain