suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Keempat Ditahan Buat Komen Di FB Mengenai Adenan

Dev Kumar.

MIRI: Polis Sarawak menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di sini kerana mengeluarkan komen fitnah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Facebook.

Lelaki itu ditahan semasa tampil di balai polis pusat miri pada kira-kira pukul 1 petang Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar mengesahkan penahanan tersebut.

"Ia merupakan penahanan keempat setakat ini berkaitan dengan kenyataan yang dimuat naik di Facebook mengenai Allahyarham ketua menteri," katanya.

Lelaki yang berasal dari Miri itu pada awalnya pergi ke balai polis dan mendakwa akaun Facebooknya telah digodam.

Bagaimanapun, dia mengakui memuat naik komen berkenaan susulan siasatan lanjut.

Dia ditahan serta-merta.

Dev Kumar

Artikel Berikut

Artikel Lain