suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia, China Capai Persefahaman Tangani Jenayah, Keganasan

Ahmad Zahid ketika mengadakan pertemuan dengan Meng Hongwei di Beijing baru-baru ini.

BEIJING: Malaysia dan China telah mencapai persefahaman untuk membanteras jenayah rentas sempadan termasuk sindiket penipuan dari negara itu yang berpangkalan di Malaysia, termasuk 'Macau Scam'.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerugian mencecah berbilion ringgit akibat sindiket berkenaan yang menyasarkan kaum Cina.

"Setalat ini, 744 orang ditahan dan dihantar pulang ke China," katanya pada sidang media ketika mengadakan lawatan kerja ke bandar ini dan Kunming.

Berkaitan usaha menangani pengganas, Ahmad Zahid berkata, China akan menyediakan alat berteknologi tinggi untuk membantu usaha mewujudkan Pusat Komunikasi Digital bagi memerangi kegiatan militan di wilayah ini.

Beliau berkata, pihak China mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana mengambil inisiatif dan tindakan untuk memerangi jenayah dan isu pengganas.

Beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Keselamatan Awam, Guo Shengkun; Setiausaha Suruhanjaya Hal Ehwal Undang-Undang dan Politik Pusat, Parti Komunis China, Meng Jianzhu dan Presiden Interpol China, Meng Hongwei sejak Selasa.

Ahmad Zahid, China, Beijing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain