suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengerusi Bank Islam Nafi Dakwaan Mengenai Pengarah Urusan Di Facebook

Datuk Zamani Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bank Islam Malaysia Bhd, Datuk Zamani Abdul Ghani hari ini menafikan dakwaan terhadap Pengarah Urusan bank itu, Datuk Seri Zukri Samat, di laman facebook (FB).

Dalam satu kenyataan hari ini, Zamani berkata status FB yang dimuat naik oleh pemilik akaun FB berkenaan, Raja Mohd Shahrim pada 11 Jan, 2017, adalah tidak benar.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa catatan itu tidak benar atau berasas sama sekali.

"Kami amat kesal dakwaan tidak bertanggungjawab dan tidak berasas ini boleh timbul dalam bulan-bulan akhir tempoh perkhidmatan Zukri di bank ini.

"Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya mahu mengulangi bahawa Zukri mempunyai reputasi tinggi sebagai Pengarah Urusan Bank Islam," katanya.

Zukri dijadualkan bersara pada Jun tahun ini.

Menurut Zamani, di bawah kepimpinan Zukri sejak Jun 2006, bank berkenaan melalui proses transformasi serta mencapai pertumbuhan kewangan yang memberangsangkan.

"Kami ingin menegaskan bahawa Zukri mendapat keyakinan penuh Lembaga Pengarah ketika beliau dalam usaha menyempurnakan tempoh perkhidmatannya serta  membantu pelaksanaan peralihan secara lancar kepada bakal penggantinya.

"Bank Islam pada hari ini adalah peneraju bagi bank-bank Islam kendiri di Malaysia," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain