Misi Food Flotila For Myanmar Ditunda Sehingga Akhir Bulan - Semasa | mStar

Misi Food Flotila For Myanmar Ditunda Sehingga Akhir Bulan

Abdul Azeez Abdul Rahim

PETALING JAYA: Misi Food Flotilla for Myanmar anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang dijadualkan berlepas pada 10 Januari ini ditunda sehingga 31 Januari atas urusan diplomatik.

Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata penundaan tersebut dilakukan bagi menghormati perundangan dan kedaulatan kerajaan Myanmar untuk memberikan kelulusan kepada misi ini.

"Perjuangan kita adalah perjuangan kemanusiaan semata-mata, memberikan bantuan kepada Myanmar khususnya masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine.

"Kita sangat berharap agar kerajaan Myanmar dapat memberikan kelulusan kepada misi ini. Sekiranya masih tiada kelulusan sehingga 31 Januari, kita akan teruskan misi dan menuju ke Teknaf, Bangladesh, bagi memberikan bantuan kepada pelarian Rohingya dari Maungdaw," katanya pada sidang media misi tersebut di sini pada Khamis.

Menurut Abdul Azeez, KP1M sebelum ini pernah menghantar bantuan kemanusiaan ke Sittwe pada tahun 2012 dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan Myanmar dan pasukan tentera mereka.

Katanya masalah urusan diplomatik yang timbul pada ketika ini merupakan salah faham kerajaan Myanmar yang mendakwa penganjur misi tidak menghantar permohonan melalui kerajaan Malaysia.

"Sebenarnya, kita telah menghantar permohonan kepada kerajaan Myanmar pada 12 Dis lalu melalui Wisma Putra. Namun sehingga hari ini, kita masih belum mendapat apa-apa keputusan," jelasnya.

Abdul Azeez juga berkata 14 negara, antaranya Belanda, Perancis, Arab Saudi, Indonesia, United Kingdom dan Turki, telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Misi Food Flotilla for Myanmar. 

Misi yang dijangka memakan masa selama 20 hari ini akan disertai 235 delegasi terdiri daripada sukarelawan tempatan dan antarabangsa serta petugas-petugas media. - BERNAMA

Flotila , Rohingya , KP1M , Abdul Azeez Abdul Rahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain