suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Selar Kiraan Rafizi Isu MRT

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggunakan kajian yang amatur untuk mengira kos MRT SBK, kata pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional.

Ia dalam satu kenyataan berkata, Rafizi telah menggunakan formula yang terlalu mudah dalam cubaan terdesaknya bagi mendakwa kos Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) 2.5 kali lebih mahal daripada Laluan 9 MRT Seoul, Korea Selatan.

"Dalam usaha untuk membuat dakwaan yang terlalu mudah ini, Rafizi telah menggunakan kajian berusia 16 tahun yang menyatakan bahawa kos untuk membina sebuah laluan bawah tanah boleh mencecah sehingga tiga kali ganda berbanding di permukaan," katanya.

BN mengulas mengenai dakwaan terbaharu Rafizi bahawa laluan 9 MRT Seoul perlu dianggap 112.5km dan bukannya 37.5km.






Artikel Lain