suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Siasat Kumpulan Panjat Papan Tanda 'Ipoh'

IPOH: Pihak polis sedang menyiasat laporan berhubung sekumpulan remaja yang memanjat huruf-huruf besar yang membentuk perkataan Ipoh di Jalan Kuala Kangsar yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada Majlis Bandaraya Ipoh iaitu pemilik papan tanda itu awal pagi Ahad.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain, yang jika sabit boleh dihukum penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-dua sekali.

"Polis turut meminta media atau orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan berkenaan supaya tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Huruf-huruf itu ditegak pada ketinggian melebihi 20 meter.

Kumpulan berkenaan turut berbaring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka yang menampung huruf-huruf tersebut. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain