suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedia Dengar Bantahan Pengusaha Bas Ekspres - Tiong Lai

Gambar hiasan.

BENTONG: Kerajaan bersedia mendengar bantahan pengusaha bas ekspres yang tidak bersetuju dengan syarat mewajibkan pemandu bas kedua bagi perjalanan melebihi empat jam atau 300 kilometer. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun menegaskan bantahan itu mesti disertakan dengan cadangan dan pandangan bersesuaian yang boleh menjamin keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya. 

"Kita tidak mahu mereka (pengusaha bas ekspres) sekadar membuat bantahan. Saya tegaskan keputusan mewajibkan pemandu bas kedua oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awm Darat (SPAD) dan kementerian adalah standard praktis di banyak negara. 

"Pemandu bagi perjalanan jauh perlu ditukar kerana pemandu memerlukan rehat selepas letih yang membolehkan mereka hilang fokus, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Melawat Pahang 2017 di Plaza Tol Bentong di sini, Ahad.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Idros Yahaya. 

Tiong Lai mengulas bantahan Pengerusi Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia, Sa'adan Man yang mendakwa perkara itu sukar dilaksanakan ekoran kekurangan pemandu bas ekspres. 

Bantahan itu dikemukakan selepas Liow mengumumkan syarikat bas ekspres akan dikenakan penalti RM200 selain berkemungkinan digantung permit jika gagal mematuhi peraturan tersebut. 

Liow menambah kementerian juga bersedia membantu mengatasi kekurangan pemandu kedua bas ekspres menerusi pelaksanaan kursus kepada pemandu baharu sebagai tarikan kepada golongan muda untuk menceburi bidang berkenaan. 

"Kursus ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia. Kerjaya sebagai pemandu ekspres perlu latihan profesional kerana ia melibatkan pemahaman aspek teknikal yang memerlukan latihan khusus. 

"Sesiapa sahaja boleh memohon untuk menyertai kursus ini. Bayaran yang dikenakan juga adalah tidak terlalu tinggi dan mereka boleh memohon dana latihan di bawah kementerian terbabit," katanya.

Tiong Lai menambah kementerian juga bercadang menaik taraf kursus latihan sedia ada kepada pemandu pengangkutan awam termasuk pemandu bas dan lori bagi memastikan mereka sentiasa peka dengan peraturan dan keselamatan jalan raya. - Bernama

bas ekspres

Artikel Lain