suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmi Rohani Dilantik SUK Johor Baharu

JOHOR BAHRU: Bekas Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Azmi Rohani pada Ahad dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor yang baharu, bagi menggantikan Datuk Ismail Karim yang bersara.

Istiadat pelantikan Azmi, 49, dengan kurniaan watikah pelantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar disempurnakan di Istana Bukit Serene di sini.

Menurut laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berangkat ke majlis berkenaan.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Rahim Ramli serta Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor.

Azmi yang berkelulusan dalam bidang pembangunan ekonomi dan pengurusan serta pembangunan sumber manusia, memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar mulai tahun 1992.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa jabatan lain termasuk Pejabat Tanah Kluang, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor serta Pejabat Tanah Kota Tinggi. - BERNAMA

Azmi Rohani

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia