suria

Remaja 19 Tahun Maut Digilis Treler

GAMBAR HIASAN

IPOH: Seorang mekanik maut setelah digilis sebuah treler apabila motosikal yang ditunggangnya terjatuh dan memasuki laluan bertentangan di Kilometer 73.1 dekat Tringkap, Cameron Hidhlands pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa Mohamad Syazwan Mohamad Sabri, 19, berasal dari Raub, Pahang yang berkonvoi bersama 16 lagi rakannya dalam perjalanan dari arah Brinchang menuju ke Kampung Raja.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A. Hamid berkata ketika menuruni selekoh mangsa berlanggar dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang berada di hadapannya sebelum terjatuh dan memasuki laluan bertentangan.

"Mangsa digilis treler yang datang dari arah bertentangan. Pemandu treler cuba membrek dan mengelak namun gagal," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya pemandu treler tidak mengalami kecederaan manakala seorang penunggang motosikal lain yang berusia 20 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Kemalangan

Artikel Lain