Banjir: Tiga Kampung Di Kuala Krai Terjejas - Semasa | mStar

Banjir: Tiga Kampung Di Kuala Krai Terjejas

GAMBAR FAIL

KOTA BHARU: Tiga buah kampung di Kuala Krai terjejas dengan banjir hari ini berikutan hujan lebat yang melanda kawasan Hulu Kelantan sejak Jumaat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai, Lt (PA) Mohd Hanif Omar berkata tiga kawasan tersebut ialah Kampung Bedal, Kampung Keroh dan Guchil.

"Setakat ini empat pusat pemindahan dibuka di Dewan Belia Kampung Bedal, Sekolah Kebangsaan Bedal, Sekolah menengah Kebangsaan Keroh dan Klinik Haiwan dan Veterinar Guchil.

"Pihak kami masih dalam proses memindahkan penduduk yang terjejas selepas kawasan kediaman mereka ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter akibat hujan lebat," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu tiga batang sungai utama di Kelantan terus menunjukkan peningkatan paras air sehingga 1 tengah hari, menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://infobanjir.water.gov.my/.

Sungai Galas di Dabong berada di paras 35.66 meter berbanding 34.15 meter pada 10 pagi Sabtu. Paras berjaga-jaga ialah 32.00 meter.

 Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 30.27 meter berbanding 27.90 meter (paras berjaga-jaga 27 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pada paras 22.31 meter berbanding 20.02 meter (paras berjaga-jaga 20 meter).

Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada paras 7.07 meter pada tengah hari berbanding paras berjaga-jaga 7 meter. - BERNAMA

Banjir , Kuala Krai

Artikel Sebelum

Banjir: Lapan Jalan Di Terengganu Ditutup

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Banjir Di Selatan Thailand Ragut 25 Nyawa

Banjir: Ibu Bekorban Demi Anak

Lebih Artikel

Hotel di Makkah hangus dijilat api