suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghantar Barang Selamat Selepas Ditetak

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja khidmat penghantaran barang terselamat selepas ditetak dengan kejam oleh empat lelaki dalam kejadian rompakan di Jalan Mahameru.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, mangsa yang berusia 26 tahun menunggang motosikal bersendirian di Jalan Mahameru.

Ketika dalam perjalanan ke Sentul, dia diserang oleh empat lelaki yang menunggang dua motosikal pada kira-kira pukul 3 petang, Khamis.

"Mereka rompak dan tetak mangsa dengan objek tajam dipercayai sama ada pisau atau parang.

"Dia telah ditetak di kedua-dua lengan dan kaki.

"Mereka melarikan motosikal dan dompet yang mengandungi RM500," katanya.

Supt Mohamed Rafiq berkata tiada saksi dan tiada kamera litar tertutup di tempat kejadian.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Terowong Smart Dikagumi Dunia

Artikel Lain