Pembangkang Cakap Kosong, Buat Tak Nampak - Najib - Semasa | mStar

Pembangkang Cakap Kosong, Buat Tak Nampak - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan hujah pembangkang bahawa tiada langsung pembangunan diusahakan kerajaan sepanjang tujuh tahun beliau menjadi perdana menteri adalah "tidak lebih daripada kata-kata kosong" dan "sengaja buat-buat tidak nampak".

Sambil menyangkal tuduhan itu, perdana menteri berkata pentadbiran beliau telah menjalankan pelbagai pembangunan yang mencipta beratus ribu peluang pekerjaan. 

"Banyak pembangunan infrastruktur yang telah dijalankan dalam masa yang hanya tujuh tahun pertama pentadbiran saya, dan memangkinkan ekonomi negara secara berterusan.

"Kepada pembangkang, janganlah bersikap seperti katak di bawah tempurung,"  katanya dalam catatan terkini dalam blog rasminya.

Najib turut menyelar sikap pembangkang yang sengaja membandingkan beliau dengan kepimpinan lama.

Kata perdana menteri, antara projek pemangkin ekonomi berlandaskan pembangunan secara besar-besar yang telah dilaksana kerajaan di bawah pentadbiran beliau termasuk projek Transit Aliran Massa (MRT), Lebuhraya Pantai Timur 3, Pan Borneo Highway, Projek Transit Aliran Ringan 2 dan 3 dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Projek-projek seperti ini penting bagi menjana ekonomi di kawasan sekitar dan merapatkan jurang antara kawasan pedalaman dan bandar," katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan turut membangunkan projek pembangunan Wilayah Iskandar, Rapid Pengerang, Danga Waterfront, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, serta KL118 yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.

Di peringkat antarabangsa pula, Najib berkata, Malaysia berperanan membangunkan projek seperti pembangunan Battersea, sebuah lagi mercu tanda ikonik di kota London.

"Yang aneh, ada yang kata bangunan-bangunan seperti Tun Razak Exchange dan KL118, tidak ada satu tiang pun dibina. Saya saran pergilah lihat sendiri tapak pembinaan tersebut sebelum melontarkan tuduhan yang memalukan diri.

"Lihatlah sendiri di internet projek (Battersea) yang mengharumkan nama negara ini," kata Najib.

Najib Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain