suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Datin' Didakwa Cuba Bunuh Amah Indonesia

Rozita didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh. -fotoRAYMOND OOI / The Star

PETALING JAYA: Seorang 'Datin' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana cuba membunuh pembantu rumah warga Indonesia.

Hadir berpakaian serba hitam dan bercermin mata hitam, Datin Rozita Mohamad Ali, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam pada Jumaat.

Rozita didakwa cuba membunuh Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, mop besi dan payung hingga menyebabkan pelbagai kecederaan di kepala, tangan, kaki dan organ-organ dalaman mangsa.


Tertuduh ketika hadir ke mahkamah pada Jumaat. -foto RAYMOND OOO / The Star

Kesalahan itu didakwa telah dilakukan antara pukul 7 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Disember lalu di sebuah rumah di Mutiara Damansara.

Rozita didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh.

Peguam Rozita, Rosal Azimin Ahmad memohon tertuduh diikat jamin RM5,000 kerana menurut beliau anak guamnya itu menghidap asma dan tidak bekerja.

Hakim Mohamad Kamil bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport Rozita diserahkan kepada mahkamah.

Beliau turut menetapkan kes berkenaan disebut semula pada 17 Februari 2017.

Artikel Lain