suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

McDonald's Hanya Benar Kek Halal Masuk Premis

Notis mengenai kek halal oleh McDonald's

PETALING JAYA: McDonald's Malaysia menjelaskan bahawa hanya kek sambutan hari jadi yang mempunyai sijil halal dibenarkan dibawa masuk ke restorannya di seluruh negara.

Menerusi kenyataan, ia berkata langkah itu "adalah selaras bagi memenuhi keperluan persijilan halal."

"Di McDonald's, aspek kualiti, keselamatan dan produk halal adalah keutamaan kami.

"Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan produk yang disahkan halal, kita melaksanakan polisi 'tiada makanan luar' untuk memastikan bahawa semua produk yang dihidangkan dan dimakan di restoran kami adalah halal," kata McDonald's pada Khamis.

Syarikat itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mengenai notis yang diletakkan di restorannya mengenai polisi kek hari jadi halal yang boleh dibawa masuk ke dalam premis.

McDonald's berkata mereka telah membuat pengecualian kepada polisi 'tiada makanan luar' dalam kes majlis hari jadi di McDonald's.

Walau bagaimanapun, pelanggan yang ingin membawa kek hari jadi mereka sendiri perlu memastikan bahawa kek tersebut disahkan halal.

"Keadaan ini adalah penting untuk memelihara integriti pensijilan halal," kata McDonald's.

Halal Malaysia, Sijil Halal, McDonald

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain