DAP Pulau Pinang Harap Kerjasama Anggota BN Selesai Isu Perumahan - Semasa | mStar

DAP Pulau Pinang Harap Kerjasama Anggota BN Selesai Isu Perumahan

JAGDEEP SINGH DEO

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP amat mengharapkan kerjasama ketua pembangkang negeri Datuk Jahara Hamid daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan isu perumahan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata persetujuan tidak rasmi bagi tujuan itu telah dicapai pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang lepas.

Menurutnya, usul bersama bagi mengesa kerajaan persekutuan untuk mengkaji semula penolakan pinjaman rumah mampu milik itu telah dipersetujui oleh Jahara dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Betong Datuk Farid Saad pada persidangan DUN lepas.

"Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah menghantar draf usul bersama kepada Jahara dua hari lepas, bagi mendapatkan persetujuan secara rasmi sebelum usul itu diserahkan kepada kerajaan pusat," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Katanya, usul bersama itu akan meliputi pemintaan kepada kerajaan persekutuan dan Bank Negara untuk mengkaji semula penolakan permohonan pinjaman bagi rumah mampu milik dan juga isu pemilik rumah mampu milik menyewakan unit mereka kepada warga asing.

Tambahnya, oleh kerana perkara itu melibatkan undang-undang persekutuan, maka ia hanya boleh diselesaikan dengan pembabitan kerajaan persekutuan.

Pada 15 Disember lepas, Jagdeep telah mengumumkan kerjasama tersebut namun usahasama itu telah dinafikan oleh Jahara kerana perkara itu masih belum mendapat persetujuan rasmi.

Terdahulu, Jagdeep telah mengumumkan tiga kawasan perumahan awam telah diberikan hakmilik strata iaitu Perumahan Taman Tun Sardon Peralihan, Taman Tun Sardon Fasa III dan Taman Perumahan Awan Batu Lanchang.

Katanya, sejumlah lebih kurang 595 unit rumah di tiga kawasan perumahan berkenaan akan menerima hakmilik strata tersebut dan pemilik rumah perlu menghubungi Jabatan Perumahan Negeri untuk membuat proses pindah milik.

"Karajaan negeri akan terus berusaha untuk mengeluarkan hakmilik strata kepada baki projek perumahan awam yang masih belum memilikinya dan keutamaan akan diberikan kepada pemprosesasan hakmilik strata untuk program-program perumahan awam oleh kerajaan negeri," katanya. - BERNAMA

DAP , BN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Kit Siang Lari Tanggungjawab - Liow

Langkah 2016 Tun M Tak Cukup Bisa

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.