suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Selangor Minta Jamal Berhenti Jadi Pihak Berkuasa

PETALING JAYA: Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos bakal berdepan dengan tindakan undang-undang sekirannya beliau tidak berhenti menyerbu premis-premis haram di Sekinchan, jelas Ketua Polis Selangor.

Datuk Abdul Samah Mat berkata, walaupun sebagai pihak berkuasa mereka sendiri perlu mematuhi undang-undang dan prosedur untuk mengambil tindakan ke atas aktiviti haram.

"Saya nasihatkan beliau supaya ikut jalan yang sedia ada dalam melaporkan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang daripada mengambil tindakan sendiri.
Laporkan dengan cara yang betul kepada pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Jamal mengancam untuk merobohkan premis-premis haram sekiranya polis tidak berbuat demikian.

"Jika beliau terus mengambil undang-undang sendiri dan memilih untuk menjadi pasukan itu, maka beliau juga perlu bersedia untuk menerima akibatnya," tegas Abdul Samah memberi amaran.

Jamal yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mula menyerbu di premis-premis haram di Sekinchan selepas pihak majlis tempatan menyita resort percutiannya yang tidak berlesen minggu lalu.

Beliau mendakwa telah memohon lesen lima tahun dahulu bersama kertas kerja yang lengkap untuk mengendalikan resort di atas tanah seluas sepuluh ekar yang dibelinya sedekad lalu, namun tidak mendapat maklum balas.

Jamal turut mendakwa tindakan pihak majlis itu di atas arahan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Adun DAP Sekinchan Ng Suee Lim.

Beliau berkata, jika pihak majlis boleh bertindak ke atas premisnya, maka mereka juga tidak patut gagal untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti haram yang lain di kawasan itu.

Artikel Lain