suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Cedera Ditikam Mungkin Bukan Sasaran - KPN

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat kes anggota polis ditikam dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Kondominium Selayang Point.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata konstabel berusia 26 tahun itu, yang bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman (UTK), mungkin bukan menjadi sasaran dalam kejadian pada pukul 5.40 pagi Isnin.

"Kami sedang menyiasat punca kejadian itu. Mungkin dia bukan menjadi sasaran atau secara kebetulan berada di tempat kejadian.

"Dia berada dalam keadaan stabil. Kami berdoa agar dia pulih dengan cepat," katanya.

Khalid berkata polis telah mengenal pasti semua mereka yang terlibat dan sedang berusaha untuk menangkap ramai lagi suspek.

Dua orang lelaki, berumur 24 tahun, telah ditangkap pada Isnin dan ditahan berkaitankes itu.

Dilaporkan bahawa pergaduhan berpunca daripada tindakan mangsa membuat pesanan roti canai dengan suspek yang disangkanya pekerja restoran berkenaan.

Semasa suspek beredar dari restoran berkenaan, seorang daripada suspek dikatakan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa menyebabkan mangsa mengejarnya hingga berlaku pergaduhan serta menyebabkan mangsa ditikam.

Artikel Lain