suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan Samun Gagal, Suspek Dicekup Orang Ramai

SEORANG daripada suspek ditahan oleh orang ramai dalam kejadian samun di Parit Buntar pada 27 Disember 2016. - Ihsan Facebook

PETALING JAYA: Tindakan pantas orang awam ke atas kejadian samun di Kampung Kedah, Parit Buntar di Perak pada Selasa, menyaksikan dua suspek berjaya ditahan selepas melakukan kegiatan jenayah tersebut.

Menurut laporan laman sosial Facebook Info Roadblock Jpj/Polis, dua lagi suspek dapat meloloskan diri di kawasan semak berhampiran dan motosikal suspek ditinggalkan di kawasan kejadian.

Berdasarkan gambar yang dikongsi dalam laman Facebook itu, kelihatan seorang suspek ditahan oleh orang ramai termasuk polis berpakaian preman di kawasan sawah.

Selain itu, terdapat juga gambar menunjukkan sebuah kereta jenis Honda mengalami kerosakan, dipercayai akibat melanggar motosikal yang dinaiki suspek.

Tiada butiran lanjut diberikan berhubung kejadian tersebut termasuk maklumat tentang mangsa dan jumlah suspek yang terlibat.

Samun

Artikel Sebelum

Artikel Lain