suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Ketua Umno Bahagian Jempol Meninggal Dunia

JEMPOL: Ibu kepada Anggota Dewan Negara Senator Datuk Mohd Salim Mohd Sharif, Zaharah Amat, 84, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Mohd Salim, 51, yang juga Ketua Umno Bahagian Jempol berkata ibunya telah dimasukkan ke hospital itu sejak tiga minggu lepas dan meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

"Jenazah emak akan dibawa ke rumah saya di Taman Tuanku Puan Chik, Bahau sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi Bernama.


Beliau berkata jenazah ibunya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Tuanku Puan Chik sebelum Zohor.

Artikel Sebelum

Artikel Lain