suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Bersedih Dengan Tragedi Bas Di Johor

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedihnya terhadap nahas bas yang mengorbankan 14 nyawa di Johor awal pagi Sabtu.

Najib menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Twitter turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

"Innalillah. Sedih dengan berita tragedi bas di Johor yang ragut 14 nyawa.

"Takziah kepada keluarga mangsa. Saya doakan yang cedera kembali pulih. Insya-Allah," katanya.

Kejadian yang berlaku di Km137.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan kawasan rehat dan rawat Pagoh turut meyebabkan 16 penumpang cedera.

Bas ekspres yang dinaiki 30 penumpang termasuk pemandu terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 20 kaki ketika menuju ke arah utara.

Antara yang terbunuh dalam kejadian tersebut termasuk pemandu bas dan seorang kanak-kanak.


Najib Razak, Nahas Bas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pendaki Solo 'Tawan' Menara KL

Artikel Lain