suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Tiba Di Tawau Untuk Rasmi Lebuhraya Pan Borneo Sabah

TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini untuk merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jalan pintas di Lahad Datu.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri mendarat di Lapangan Terbang Tawau kira-kira 9.10 pagi.

Ketibaan Najib di lapangan terbang itu disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, anggota Kabinet negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kawasan sekitar dan ketua-ketua jabatan persekutuan serta negeri.

Najib kemudian menaiki helikopter menuju ke Lahad Datu untuk ke lokasi perasmian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya.-- Bernama


Pan Borneo, Tawau, Najib

Artikel Sebelum

Artikel Lain