suria

Jambatan Pejalan Kaki Runtuh: Seorang Maut, 4 Cedera, Dua Masih Terperangkap

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pembinaan dari Vietnam terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas insiden jambatan pejalan kaki yang sedang dibina runtuh berhampiran dengan Mid Valley Megamall di Jalan Kampung Haji Abdullah Hukum.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, dua orang lagi yang berasal dari Bangladesh masih terperangkap di bawah runtuhan tersebut.

"Pekerja-pekerja yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Pusat Rawatan Universiti Malaya untuk rawatan," jelasnya kepada pihak media di kawasan kejadian pada Rabu.

Sebelum ini, dilaporkan sekurang-kurang dua pekerja terbunuh di tempat kejadian.

Jambatan yang runtuh itu sudah siap 80 peratus pembinaan.

"Kami masih menyiasat punca insiden ini," jelasnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Unit K9 turut menyertai operasi mencari dan menyelamat kejadian ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain