suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Naiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi Ke Tianjin

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi taklimat mengenai operasi keretapi laju (HSR) dari Beijing ketika lawatan separuh hari ke Tianjin, sebuah bandar pelabuhan utama di timur laut China. Najib bersama rombongannya menaiki kereta api berkelajuan tinggi itu yang hanya mengambil masa 30 minit ke Tianjin sejauh 138.6km, berbanding menggunakan kenderaan yang mengambil masa hampir dua jam.

TIANJIN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengadakan lawatan separuh hari ke Tianjin, sebuah bandar pelabuhan utama di timur laut China.

Beliau bersama rombongannya menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Beijing yang hanya mengambil masa 30 minit ke Tianjin sejauh 138.6km, berbanding perjalanan menaiki kenderaan yang mengambil masa hampir dua jam.

Ketibaan Najib disambut Naib Datuk Bandar Kerajaan Perbandaran Tianjin, Zhao Haishan.

Najib akan menyaksikan acara menandatangani Perjanjian Operasi untuk projek penyahgaraman air laut dan pembuatan garam antara syarikat Xianda dari Malaysia dengan Suruhanjaya Pembangunan Kawasan Ekonomi-Teknologi Tianjin. - BERNAMA

Tianjin, Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain