suria

Kerajaan Cadang Selaras Kuota, Harga Rumah Mampu Miliki - KPKT

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menyelaraskan kuota dan harga rumah mampu milik di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata kementerian itu sedang menyediakan kertas kerja tersebut dan akan membentangkan perkara itu kepada Majlis Perumahan Negara.

"Kita mahu selaraskan kuota dan harga rumah yang telah ditentukan oleh kerajaan negeri melalui Dasar Perumahan Negeri," katanya kepada media selepas merasmikan seminar 'Pasaran Hartanah Malaysia: Peluang Disebalik Ketidaktentuan', di sini pada Selasa.

"Kini, setiap negeri mempunyai kuota yang berbeza, ada yang meletakkan 50 peratus, 40 peratus dan ada yang mengambil mudah akan perkara ini.

"Jadi kita akan bentangkan kertas kerja untuk menyelaraskanya berdasarkan kepada nilaian rumah yang dicadangkan oleh kerajaan negeri dalam kuota pembinaan rumah mampu milik yang ditetapkan," katanya. - BERNAMA

Rumah Mampu Milik, KPKT

Artikel Berikut

Bas Langgar Lori, Dua Cedera

Artikel Lain