suria

Bas Langgar Lori, Dua Cedera

KEADAAN bas persiaran yang rosak teruk selepas merempuh belakang lori semen di lebuh raya PLUS dekat Tapah pada 1 November 2016. - The Star

TAPAH: Dua cedera dengan seorang daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan lori tangki di Kilometer 330, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Tapah di sini awal pagi Selasa.

Dalam kemalangan kira-kira 5.30 pagi itu, seorang penumpang wanita dikenali sebagai Wan Nor Amni Wan Din, 22, dan pemandu kedua bas, Nur Azmi Mohd Nor, 50, mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Keliaw berkata Wan Nor Amni tidak sedarkan diri selepas cedera parah pada bahagian kepala, manakala Nur Azmi cedera pada bahagian kaki dan tulang rusuk.

Katanya kejadian berlaku ketika bas yang membawa 20 penumpang dari Kelantan menuju ke Tanjung Malim itu cuba memotong lori tangki yang membawa muatan simen tetapi gagal lalu melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut. 

"Penumpang lain, pemandu pertama bas dan pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tapah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Kemalangan Bas

Artikel Berikut

Artikel Lain