suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Viral Pemandu Tumbuk Pengawal Cetus Kemarahan Netizen

PETALING JAYA: Aksi seorang lelaki dipercayai menumbuk dan memarahi seorang pengawal keselamatan mencetuskan kemarahan netizen selepas rakaman itu tersebar dalam laman sosial pada Selasa.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 16 Oktober lalu berdasarkan tarikh yang tertera pada rakaman video keselamatan tersebut.

Rakaman selama satu minit 50 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Myvi berhenti di pos kawalan untuk menyerahkan kad pengenalan kepada seorang pengawal dipercayai warga asing sebagai sebagai tujuan pemeriksaan.

Selepas kad pengenalan diserahkan semula, rakaman video dari sudut lain menunjukkan lelaki berbaju kuning itu menghentikan kereta sebelum keluar dari kenderaan dan dipercayai menumbuk mangsa beberapa kali.

Selain itu, lelaki berkenaan dipercayai memarahi pengawal keselamatan terbabit atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Menurut maklumat akaun laman sosial Facebook, MY Scandal yang menyiarkan video tersebut, pengawal keselamatan itu dipercayai patah gigi akibat ditumbuk lelaki berkenaan.

Lokasi dan punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, tetapi beberapa netizen mendakwa lelaki itu naik berang kerana pengawal keselamatan terbabit lewat membuka palang keselamatan.

Bagaimanapun beberapa netizen menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai samseng kerana membelasah pengawal keselamatan tersebut.

Viral, Tumbuk, Pengawal Keselamatan

Artikel Berikut

Artikel Lain