suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Tanpa Mata Ditemukan Terapung

KUANTAN: Mayat seorang warga emas tanpa sepasang mata ditemukan terapung di tepi sungai Kampung Merlak, Tebu Hitam, Rompin dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata mayat Tea Kim Liang, 50, dari Kampung Selatan, Kahang, Johor yang sudah berbau itu dijumpai orang awam pada pukul 12.15 tengah hari dalam keadaan terlentang.

"Mangsa yang lengkap berpakaian dianggarkan telah meninggal dunia sejak seminggu lalu. Pemeriksaan mendapati kedua-dua belah mata tiada dan terdapat kesan luka pada tangan kanan dan leher," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Muhammad Aidil Roneh menambah laporan bedah siasat di Hospital Rompin bagaimanapun mengesahkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau menambah mayat mangsa telah dituntut keluarganya bagi tujuan pengebumian. - BERNAMA

Mayat Terapung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain