suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didenda RM600 Akibat Cederakan Ibu Kandung

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencederakan ibunya selepas berlaku perselisihan faham, seorang wanita didenda RM600 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menjatuhi hukuman itu terhadap Goh Bee Young, 42, yang mengaku bersalah mendatangkan kecederaan ke atas ibu kandungnya Chai Siew See, 84, di rumah mereka di Jinjang Baru pada 2.42 petang, 16 Oktotober lepas.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketika rayuan bagi mengurangkan hukuman, Goh yang diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh memohon hukuman ringan atas alasan ia berlaku akibat perselisihan faham keluarga selain kesalahan itu adalah kesalahan pertama tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abdul Halim memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor keselamatan awam kerana tertuduh sanggup memukul ibunya sendiri yang telah tua yang turut mengalami masalah penglihatan. - BERNAMA

Denda, Ibu Kandung

Artikel Lain