Bekas Pegawai Keselamatan Hospital Hadapi 16 Tuduhan Rasuah - Semasa | mStar

Bekas Pegawai Keselamatan Hospital Hadapi 16 Tuduhan Rasuah

Mohamad Don diiring keluar dari mahkamah. Foto The Star

KUCHING: Seorang bekas penolong pegawai keselamatan Hospital Umum Sarawak didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini Isnin atas 16 pertuduhan rasuah melibatkan RM201,351.

Mohamad Don Adi Morshidi, 34, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu -- melakukan kutipan bulanan antara RM4,748 hingga RM21,000 daripada kontraktor kawalan keselamatan di hospital iaitu Kassim Rosli -- setiap bulan mulai Januari hingga Disember 2014.

Bayaran itu didakwa sebagai dorongan untuk mengesahkan bahawa semua pengawal keselamatan di hospital hadir bertugas setiap hari seperti yang ditetapkan dalam terma dan syarat kontrak.

Pembayaran didakwa didepositkan di sebuah bank dan kemudian ditunaikan oleh dua wanita.

Apabila ditanya jika dia mempunyai apa-apa untuk dipohon kepada mahkamah, Mohamad Don Adi meminta sebutan kali kedua kesnya diadakan pada Mei tahun depan kerana dia telah dipindahkan ke Pahang dan memerlukan masa untuk mengumpul wang bagi melantik peguam bela.

Tertuduh juga meminta mahkamah mempertimbangkan fakta bahawa selama ini dia telah memberi kerjasama kepada penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Kennedy menetapkan 14, 16, dan 17 November tahun ini sebagai tarikh bicara, sambil menegaskan mahkamah perlu menyelesaikan kes-kes rasuah dalam tempoh enam bulan.

Beliau menetapkan 11 November bagi pengurusan awal perbicaraan tertuduh dan menasihatinya untuk melantik peguam bela atau mendapatkan bantuan daripada Biro Bantuan Guaman.

Beliau membenarkan Mohamad Don Adi diikat jamin RM16,000 dengan RM6,000 daripadanya perlu dibayar secara tunai dan bakinya dengan dua penjamin yang mempunyai pendapatan tetap bulanan. 

Pendakwaan dikendalikan Mohd Ikhwan Mohd Ibrahim daripada SPRM. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain