suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nurul Nuha Ada Hak Minta Dr M Mohon Maaf - Nurul Izzah

Nurul Nuha Anwar

PETALING JAYA: Nurul Nuha Anwar mempunyai hak untuk meminta Tun Dr Mahathir Mohamad meminta maaf kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelbagai isu lampau antara mereka.

Kakaknya yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagaimanapun berkata keutamaan parti kini adalah untuk memberi tumpuan kepada negara.

Nurul Izzah berkata Nurul Nuha mempunyai hak untuk menyuarakan pandangannya kerana beliau adalah "mangsa kepada sistem".

"Dia tahu apabila rumah kami dipecah masuk dan dia sedar apabila bapa kami dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara pada tahun 1998.

"Saya fikir itu adalah haknya sebagai individu yang telah menjadi mangsa kepada sistem dan bagi pihak PKR, tumpuan kami adalah untuk memastikan bahawa tidak ada orang lain menjadi mangsa pendakwaan politik," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Nurul Nuha dilaporkan berkata, Dr Mahathir perlu memohon maaf berhubung dakwaan rasuah dan liwat "yang direka-reka" terhadap Anwar sebelum berfikir mengenai usaha menjalin sebarang kerjasama dengan Anwar.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui bahawa Nurul Nuha meminta beliau memohon maaf atas apa yang telah berlaku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain