suria

Hujan Lebat Sebabkan Kesesakan, Banjir Kilat Di P.Pinang

Banjir kilat di Jalan P.Ramlee.
GEORGE TOWN: Hujan lebat pada awal pagi Ahad menyebabkan berlakunya banjir kilat, kesesakan lalu lintas dan pokok tumbang di beberapa kawasan di Pulau Pinang.
 
Trafik dilaporkan perlahan di sepanjang Jalan Masjid Negeri dan tidak bergerak di Jalan Scotland.

Tempat-tempat lain yang dilanda banjir termasuklah di Jalan P. Ramlee, Taman Lumba Kuda dan Jalan Air Itam.

Pokok yang tumbang di Jalan Perak di Jelutong, menyebabkan sebuah kereta dan sebuah rumah rosak.

Beberapa kereta yang diletakkan di sepanjang jalan di kawasan perumahan di Taman Pekaka, Sungai Dua juga dihempap pokok yang tumbang.

Paras air di Sungai Pinang di Jalan P. Ramlee dan Sungai Air Itam, di Jalan Scotland telah melebihi paras bahaya, menurut laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran.

Sehingga pukul 9 pagi, paras air di Sungai Pinang mencecah 2.72 meter manakala paras air di Sungai Air Itam mencapai  6.91 meter pada 9.15 pagi.

Penduduk yang tinggal di kawasan rendah berdekatan dua sungai itu telah diberitahu untuk berhati-hati dengan banjir kilat.

Artikel Berikut

Artikel Lain