Racing Boy Buat Lompatan Emas - Semasa | mStar

Racing Boy Buat Lompatan Emas

KANGAR: Atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly sangat sukakan kelajuan dan lebih gemar dipanggil dengan nama samaran - "Racing Boy".

Ibunya, Salmah Yatim, 59, menganggap Abdul Latif yang baharu memenangi pingat emas bagi acara lompat jauh sebagai "Jaguh Rempit".

"Dia suka lakukan sesuatu perkara dengan cepat dan ia membimbangkan saya. Dia mempunyai basikal ketika dia masih kecil.

"Apabila dia diberitahu untuk melakukan sesuatu, dia akan meninggalkan rumah dengan basikalnya seperti pelumba," katanya di rumah mereka di Kampung Paya Kelubi, Mukim Beseri, dekat sini.

Salmah berkata beliau berbangga dengan pencapaian anak lelakinya yang berusia 19 tahun itu di Rio.

Abdul Latif, yang dilahirkan normal dari segi fizikal, mula mengalami sawan ketika berusia tiga tahun dan menghadapi masalah pembelajaran.

"Abdul Latif kerap ponteng sekolah, gurunya akan datang ke rumah kami dan sering memujuk dia untuk pergi ke sekolah.

"Guru-gurunya sentiasa memberi galakkan supaya mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukan," katanya.

Abdul Latif Romly , Paralimpik

Artikel Sebelum

Lelaki Paksa Remaja Hantar Gambar Bogel

Artikel Berikut

Lewat Berjalan Tapi Pantas Berlari

Artikel Berkaitan

Artikel Lain