Adun Balung Sedia Beri Laluan Kepada Muka Baharu - Semasa | mStar

Adun Balung Sedia Beri Laluan Kepada Muka Baharu

TAWAU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung Datuk Syed Abas Syed Ali bersedia memberi laluan kepada muka baharu untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata sekiranya tidak dipilih oleh parti untuk menjadi calon kawasan itu pada PRU14 nanti, beliau akan akur dan akan membantu individu yang dipilih sebagai calon.

"Saya serahkan perkara ini kepada pucuk pimpinan parti ... kita perlu akur dan sekiranya saya tidak dipilih, saya tetap akan membantu mana-mana individu yang dicalonkan oleh parti," katanya kepada pemberita di sini, Ahad malam.

Syed Abas yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata  pemimpin silih berganti merupakan perkara biasa di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berpolitik dan yang penting adalah kesetiaan kepada parti.

"Pada zaman pemerintahan parti Berjaya, walaupun saya memenangi DUN Balung sebelum itu, saya tidak dicalonkan semula, tetapi saya tetap memberi sokongan kepada pengganti saya," katanya.

Syed Abas dipilih sebagai ADUN Balung pada 1978 sehingga 1981 di bawah pentadbiran Berjaya dan pada 2004 sehingga sekarang mewakili Barisan Nasional (BN) daripada Umno.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah meluluskan RM33 juta bagi menangani masalah bekalan air di beberapa kawasan di DUN Balung termasuk di Kampung Kongsi 8, Kongsi 10 dan Ranggu.

"Kami akan menyalurkan air dari loji Balung melalui Ranggu dan ke kawasan lain yang sering menghadapi masalah bekalan air" katanya.

Ketika ini, penduduk di Kampung Kongsi 8, Kongsi 10 dan Ranggu menerima bekalan air dari loji Utara, Tawau.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain