suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pikachu 'Ubah Wajah' Taman Jaya

KEBANYAKAN pemain Pokemon Go mengakui kehidupan mereka berubah sejak permainan ini dilancarkan di Malaysia pada 6 Ogos lalu.


Jika ada kelapangan, termasuklah selepas waktu kerja, rata-rata mereka memilih untuk berkunjung ke kawasan yang menjadi sarang atau lubuk Pokemon seperti pusat beli-belah dan taman-taman rekreasi untuk melakukan aktiviti 'memburu' raksaksa kartun yang menjadi fenomena ini.

Taman rekreasi, Taman Jaya yang terletak di Petaling Jaya adalah salah sebuah lokasi yang menjadi tumpuan pemain Pokemon Go, semuanya gara-gara Pikachu yang dikatakan kerap muncul di sini.

Malah, Pokemon jenis lain yang sukar ditemui di tempat lain juga dikatakan dengan mudah boleh 'ditangkap' di sini.

Dapat dikatakan kawasan ini yang mempunyai laluan untuk berjoging, berjalan kaki dan berbasikal, serta mempunyai taman permainan kanak-kanak ini telah 'berubah wajah' dengan kehadiran kumpulan besar pemain Pokemon Go.


Biasanya, lokasi ini mula penuh selepas waktu kerja sehinggal ke pukul 2 hingga 3 pagi pada hari biasa dan keadaan lebih meriah apabila cuti hujung minggu.

Ikuti laporan yang disediakan Izra Abdul Rahman untuk mStarTV berhubung fenomena ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain