suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Keperluan Tubuh Parti Baharu Berasaskan Kaum - Pemuda MCA

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA menolak keperluan penubuhan sebuah lagi parti berasaskan kaum seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi). 

Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata generasi muda kini tidak lagi melihat latar belakang kaum semata-mata dalam memilih sesuatu parti.

Katanya walaupun MCA merupakan sebuah parti yang berasaskan kaum ianya ditubuhkan sewaktu zaman pemerintahan British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. 

"Kita perlu memahami sejarah penubuhan UMNO, MCA dan MIC ketika itu, ianya ditubuhkan bagi merapatkan jurang masyarakat berbilang kaum daripada konsep pecah dan perintah oleh British. 

"Masyarakat ketika itu memerlukan parti yang menjaga hak kaum masing-masing, ia merupakan satu keperluan berdasarkan konteks zaman itu," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.  

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa menyerahkan permohonan bagi mendaftar parti baharu itu di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya. -Bernama

Parti Baharu, Pemuda MCA

Artikel Berikut

Artikel Lain