suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amal Ajaran Islam Sebenar - Najib

KUALA LUMPUR: Penularan fahaman ektremis di Malaysia mampu ditangkis jika umat Islam mengamalkan ajaran Islam sebenar yang cintakan keamanan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Mengambil contoh kumpulan militan Daesh, Perdana Menteri berkata Malaysia menggunakan pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan untuk menangkis fahaman ekstrem mereka.

Najib berkata tindakan yang dilakukan oleh kumpulan ektremis itu langsung tidak mewakili ajaran Islam sebenar.

"Semoga negara kita terus harmoni dan dilindungi Allah SWT," katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter pada Jumaat.

Najib turut berkongsi sepotong ayat al-Quran yang disampaikan khatib dalam khutbah Jumaat hari ini iaitu: "Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar." (Surah an-Nisa’, ayat 93). - Bernama

Artikel Berikut

TMJ-PM Minum Petang Bersama

Artikel Lain