suria

SPRM Tahan Tiga Polis Disyaki Terlibat Rasuah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan tiga anggota polis kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM300 daripada seorang pembantu jualan.

Tiga anggota polis yang berumur antara 24 hingga 39 tahun terbabit disyaki meminta wang itu sebagai imbuhan untuk membebaskan pengadu yang dikatakan mempunyai dokumen pengenalan diri palsu pada 4 Julai lepas, kira-kira pukul 11.30 pagi di belakang pusat membeli belah Centre Point, di sini.

Ketiga-tiga anggota polis yang bertugas di Kota Kinabalu itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Sabah pada Khamis antara pukul 8 malam hingga 8.30 malam ekoran aduan yang dibuat pengadu berusia 23 tahun itu.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap mengesahkan tangkapan berkenaan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama

SPRM

Artikel Lain