suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Kes Difteria Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa Putrajaya mencatat kes pertama difteria.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada kes difteria dilaporkan di Putrajaya setakat ini walaupun ia dilaporkan berlaku di beberapa negeri.

"Khabar angin mengatakan kami mengalami kes pertama difteria di Putrajaya. Setakat ini tiada kes yang disahkan," kata beliau dalam catatan di dalam laman Facebooknya. 

Menurut kementerian, perkembangan kes difteria di seluruh negara mencatat 15 kes, dengan lima kematian. 

Tujuh kes dilaporkan di Kedah dengan satu kematian, tiga di Melaka dengan satu kematian dan empat di Sabah dengan tiga kematian serta satu kes di Negeri Sembilan.

Pada 17 Julai, Malaysia mencatat kes pertama difteria ke atas orang dewasadi Rembau, negeri Sembilan.  

Mangsa adalah suri rumah berusia 41 tahun yang mengalami demam panas Isnin lepas dan mengadu tonsilnya bengkak, suara menjadi serak dan sukar menelan.-Bernama

Artikel Lain